BRASILIA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang seekor jerung spesies nurse shark ketika menyelam di Brazil, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Fernando de Noronha, negeri Pernambuco pada Januari lalu.
Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan Tayane Dalazen, 36, sedang berenang bersama rakan-rakannya apabila seekor jerung menggigit betis kanan mangsa.
Wanita itu cuba melepaskan diri tersebut tetapi gagal kerana gigitan jerung yang kuat.
Dalazen terselamat, namun betisnya mempunyai kesan gigitan yang dalam dan menerima beberapa jahitan.
“Pemandu pelancong saya bertindak pantas untuk memastikan haiwan itu melepaskan gigitannya. Saya kemudian dibawa keluar daripada air oleh nelayan tempatan,” kata Dalazen. – AGENSI














