fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat seminggu di Johor, Melaka, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia kini memasuki fasa peralihan monsun yang aktif dengan jangkaan cuaca berada dalam keadaan lebih lembap untuk tempoh seminggu ke hadapan khususnya di barat dan pendalaman Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tempoh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan potensi ribut petir dan hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan termasuk Johor, Melaka serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, langkah persediaan awal adalah sangat penting memandangkan perubahan cuaca ini boleh menggalakkan kejadian hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.

“Keadaan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan cuaca panas yang kita rasai sebelum ini. Namun, beberapa kawasan di utara dan pedalaman Semenanjung masih berpotensi mengalami suhu yang lebih tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya lagi, beliau turut bimbang terhadap paras air empangan di Johor dan Melaka yang masih berada pada tahap membimbangkan berikutan taburan hujan yang tidak sekata sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai bagi meningkatkan semula taburan hujan di kawasan tadahan yang kritikal.

“Bagi Johor dan Melaka, pola cuaca dijangka melibatkan hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam bergantung kepada lokasi, dan ini memerlukan kesiapsiagaan semua pihak.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan semasa dan melakukan ikhtiar terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan bekalan air sentiasa terjamin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada dengan perubahan cuaca mendadak bagi mengelakkan risiko bencana dalam tempoh seminggu ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN