fbpx

Alliance Bank sokong pelangan terkesan akibat ketidaktentuan geopolitik global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) telah mengumumkan langkah bantuan bersasar bagi menyokong pelanggan yang terkesan akibat ketidaktentuan geopolitik global yang berterusan.

Bantuan bersasar ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan jangka pendek,
memastikan kelangsungan aliran tunai dan membantu pelanggan mengurus komitmen
kewangan mereka sepanjang tempoh ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bantuan ini akan ditawarkan kepada pelanggan individu dan perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kemudian akan dinilai berdasarkan keadaan kewangan serta keperluan setiap pelanggan ataupun kes demi kes.

“Bank akan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas untuk meneliti pilihan fleksibiliti
pembayaran balik atau bentuk bantuan lain yang bersesuaian bagi menangani cabaran
kewangan sementara.

“Pelanggan yang menjangkakan kesukaran memenuhi komitmen pembayaran balik digalakkan
untuk menghubungi pihak Bank lebih awal. Permohonan bantuan boleh dibuat dengan
menghubungi pengurus perhubungan masing-masing atau melalui saluran khidmat pelanggan
rasmi Bank,” jelasnya.

Selain itu, pihak bank juga akan terus memantau perkembangan semasa dengan teliti dan kekal komited untuk menyokong para pelanggannya sepanjang tempoh ketidaktentuan yang semakin
meningkat ini. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN