fbpx
Gambar hiasan

Wanita dipeluk dari belakang di MRT Kuchai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk dari belakang oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian di kaki lima kawasan Stesen MRT Kuchai Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.22 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai terapis kecantikan dilaporkan sedang berjalan menuju ke tandas sebelum diekori suspek.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada malam sama.
“Pengadu mendakwa telah didatangi dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek bertindak memeluknya tanpa kebenaran.

“Hasil tindakan pantas, suspek berjaya diberkas pada hari sama kira-kira pukul 8.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek merupakan lelaki warga China berumur 20 tahun dan tidak bekerja dan kini direman sehingga 24 April 2026 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1954/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN