fbpx
Penguat kuasa JIM Negeri Johor melakukan serbuan ke atas premis urut dan rekleksogi di Johor Bahru, Khamis lalu yang disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral. Foto JIM

Spa diserbu, 22 ditahan tawar servis urut batin serendah RM80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan ‘panas’ dua premis urut dan refleksologi menawarkan perkhidmatan urut batin serendah RM80 bagi satu sesi akhirnya terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di daerah ini, Khamis lalu.

opeyang dijalankan bermula kira-kira pukul 3 petang itu menyaksikan seramai 22 individu termasuk warga asing ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral serta penyalahgunaan pas lawatan sosial.

Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, premis terbabit dipercayai berselindung di sebalik perkhidmatan urut tradisional, namun menawarkan servis urut batin kepada pelanggan.
“Dua premis tersebut dipercayai menggajikan warga asing tanpa dokumen sah selain menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

“Lebih mencurigakan, premis berkenaan didakwa menawarkan pakej tertentu termasuk ‘perkhidmatan tambahan’ pada harga murah sebagai tarikan kepada pelanggan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 21 warga asing ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan 14 wanita berusia antara 18 hingga 41 tahun, melibatkan warganegara Myanmar dan China,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rusdi berkata, kesemua mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan tanpa permit yang sah.

Jelasnya, turut diberkas seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pengurus premis serta dalang utama dalam mengatur operasi dan pengambilan pekerja warga asing.

“Siasatan awal mendapati taktik menawarkan harga serendah RM80 bagi satu sesi urut batin digunakan sebagai umpan untuk menarik pelanggan, sekali gus meluaskan kegiatan secara tersembunyi,”katanya.

Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi tindakan lanjut, manakala tujuh saman turut dikeluarkan kepada saksi untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN