fbpx
Kriti Sanon dan Rashmika Mandanna kini berdepan ‘krisis’ hebat apabila dikhabarkan menjalin hubungan sejenis. 

Panas! Kriti, Rashmika jalin hubungan sejenis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dua heroin jelita Bollywood, Kriti Sanon dan Rashmika Mandanna kini berdepan ‘krisis’ hebat apabila dikhabarkan menjalin hubungan sejenis. 

Namun hubungan terlarang itu tidaklah sesuatu yang merisaukan memandangkan semuanya adalah jalan cerita dalam filem lakonan mereka, Cocktail 2.

Selain Kriti dan Rashmika, filem tersebut turut dibintangi pelakon kacak, Shahid Kapoor.

Menurut Kriti, wataknya dalam filem arahan Homi Adajania itu adalah paling panas dan berani yang pernah dilakonkan selama ini.

Cocktail 2 merupakan sekuel kepada Cocktail (2012) lakonan Saif Ali Khan, Deepika Padukone dan Diana Penty.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN