fbpx
Wan Rosdy berucap pada sidang akhbar ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026 di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Pahang juara sebenar keputusan SPM 2025 – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pahang disifatkan sebagai negeri terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 walaupun secara rasmi berada di kedudukan kedua kebangsaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu wajar dilihat sebagai satu kejayaan sebenar jika tidak mengambil kira Putrajaya yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurutnya, Putrajaya hanya mempunyai beberapa buah sekolah dengan latar belakang pelajar elit, berbeza dengan Pahang yang meliputi kawasan luas termasuk pedalaman dan komuniti Orang Asli.
“Walaupun dikatakan nombor dua, saya nak katakan Pahang adalah negeri pertama mendapat pencapaian SPM terbaik sebab kita tolak Putrajaya.

“Putrajaya bukan negeri, ada enam sekolah sahaja, anak-anak elit. Kita di Pahang negeri yang sangat luas, ada kawasan pedalaman dan Orang Asli, tetapi mampu capai keputusan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Wan Rosdy berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan sistem pendidikan negeri berkenaan dalam melahirkan generasi berkualiti walaupun berdepan cabaran geografi dan sosioekonomi.

“Ini bukan sekadar kejayaan akademik, tetapi gambaran masa depan negeri. Bila anak-anak berjaya, kita sedang bina generasi yang akan memacu Pahang ke tahap lebih tinggi,” jelasnya.

Terdahulu, keputusan SPM 2025 menunjukkan Pahang mencatat Gred Purata Negeri (GPN) 4.08 dengan seramai 617 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN