DALAM ledakan sukan pickleball di peringkat global, Asia muncul sebagai pusat pertumbuhan baharu dan Malaysia kini semakin jelas berada dalam radar perkembangan sukan itu. Jika satu dekad lalu sukan ini sekadar dimainkan secara santai di gelanggang kecil, hari ini ia berkembang menjadi fenomena antarabangsa dengan Asia khususnya Asia Tenggara, tampil menjadi antara pusat pertumbuhan paling pesat. Malaysia juga tidak terkecuali, malah menunjukkan perkembangan yang agresif. Pemain No. 1 dunia, Ben Johns mengakui perubahan drastik itu dan menyifatkan evolusi pickleball hari…














