fbpx
Seorang pengusaha restoran terpaksa membancuh air minuman menggunakan air mineral bagi mengelak rasa payau di Paka, Dungun baru-baru ini.

Bekalan air Paka kekal payau sehingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Bekalan air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk di sini akan ditingkatkan bagi mengurangkan rasa payau pada air paip yang sedang menjejaskan lebih 26,000 pengguna bandar Paka dan sekitar sejak sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, berkata, bekalan air terawat itu alan diambil dari LRA berdekatan seperti Kemudi dan Bukit Berapit di sini.

“Sebanyak antara 18 dan 24 juta liter sehari (MLD) dari LRA Kemudi dan Bukit Berapit telah disalurkan ke LRA Bukit Bauk bagi mengurangkan rasa payau pada bekalan air bersih di kawasan Paka dan sekitar.
“Penurunan kualiti bekalan air terawat di Paka sejak bulan lalu disebabkan penerobosan air masin dalam sumber air bersih di LRA Bukit Bauk,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan ribuan penduduk bandar Paka di sini mendesak pihak berwajib menyelesaikan isu bekalan air paip payau dan kadangkala berkarat yang didakwa telah berlarutan sejak sebulan lalu.

Hanafiah berkata, penerobosan air masin terbabit disebabkan cuaca panas dan fenomena air pasang.

Beliau berkata, situasi disebabkan fenomena alam semulajadi tersebut sukar dielak dan dijangka bakal berlarutan sehingga berakhirnya Monsun Barat Daya pada bulan September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN