CARA didikan Bella Astillah terhadap dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adrianna sememangnya meraih pujian sebelum ini.
Perkara tersebut dikukuhkan lagi dengan sikap Ayden pandai menyantuni orang lebih tua, ahli keluarga dan pengetahuannya dalam sesuatu isu, memang bijak.
Terbaharu, aksi Ayden dalam sebuah video sekali lagi tular apabila menzahirkan rasa sayang terhadap adiknya dengan mencium Ara yang memberinya air minuman ketika bermain bola baru-baru ini.
Tindakan spontan tersebut membuatkan ramai terharu. Ayden dipuji seorang abang yang bertanggungjawab menjaga adik dengan baik.
“Terkejut tengok Ayden tiba-tiba cium Ara tapi manisnya kasih sayang seorang abang.
“Bella memang didik anak-anaknya dengan baik, semoga Tuhan lindungi dua beradik ini,” katanya.
Video yang dimuat naik Bella dalam Instagram itu meraih lebih 1.2 juta tontonan dengan ribuan tanda suka.














