fbpx
Gambar hiasan.

‘Tak puas hati dengan suami jangan tarik muka, muncung macam siakap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apabila tidak berpuas hati dengan suami, jangan menggunakan emosi untuk menghukum suami. Contohnya merajuk, tarik muka dan muncung mulut macam ikan siakap.”

Itu pesanan Jurulatih Komunikasi dan Kepimpinan, Nurhidayah Jaafar kepada golongan isteri sekiranya timbul masalah atau perkara tidak disenangi dalam rumah tangga.

Ketika ditanya seorang pengikut media sosial mengenai cara terbaik mengatasi perkara itu, beliau berkata, berterus-terang adalah penyelesaian terbaik.

“Beritahu terus-terang apa yang kita mahu daripada dia. Dengan syarat, jangan mengungkit,” katanya.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang turut berseloroh apabila ikan siakap dijadikan sebagai contoh.

“Sebaiknya ikan apa yang dicadangkan kalau bukan siakap,” soal @Syakir Zainol.

“Tak berkesan pun. Taktik saya sekarang buat lawak dengan suara kuat dan gelak kuat-kuat dengan dia sekali terhibur,” kongsi @Yusmaniza Azni Jusoh.

“Kalau suami yang selalu begini, mungkin kami tertukar jantina,” balas pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN