fbpx
MAWI tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat pengantin baharu kepada Ina.

Selamat pengantin baharu – Mawi titip ucapan buat ‘bekas tunang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik fotonya bersama Ina Naim dan anaknya, Hadie.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat pengantin baharu kepada bekas tunangnya itu.

“Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina Naim. Moga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya.

Hantaran tersebut dibanjiri komen netizen yang teruja dan gembira melihat ukhuwah terjalin antara mereka.

“Bila dua-dua berlapang dada dan berhati suci, Insya-Allah yang baik-baik mengiringi. Ini baru betul ‘world’,” komen netizen.

Ada juga netizen yang berseloroh mungkin mereka berdua akan menjadi besan satu hari nanti.

“Tak ada jodoh. Mana tahu kot-kot nanti jadi besan. Maaf gurau sahaja,” komen netizen.

Turut kelihatan dalam foto itu suami baharu Ina iaitu Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor

Netizen turut mencadangkan agar Mawi menghasilkan lagu duet bersama Hadie yang merupakan bekas peserta Talk To My Manager musim pertama.

Untuk rekod, Mawi dan Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 42, pernah mengikat tali pertunangan lebih 20 tahun lalu sebelum Mawi menyertai AF3.

Bagaimanapun, ikatan itu terlerai pada tahun 2006. Kisah perpisahan mereka mendapat liputan meluas kerana populariti Mawi yang luar biasa ketika itu.

Ina akhirnya bertemu jodoh dengan penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Suhaimi Saad pada 2007 manakala Mawi pula berkahwin dengan pelakon, Ekin Rahmat pada tahun berikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN