fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

Keluhan individu dulu T20 jatuh jadi B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir individu dari kelompok T20 dan M40 mendedahkan mereka kini terpaksa bergelut meneruskan kelangsungan hidup sebagai golongan B40 selepas segala kemewahan yang dinikmati hilang dalam sekelip mata.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh Haqimzolkefli, dia meminta individu yang dahulunya kumpulan berpendapatan tinggi untuk berkongsi pengalaman peribadi mengenai fasa kejatuhan ekonomi mereka hingga tergolong dalam kumpulan B40.

Menurut Jadrijamaludin berkata, dia membesar dalam keluarga T1 (berpendapatan antara RM10,961 hingga RM15,039) di mana bapanya merupakan bekas pengarah syarikat besar yang pernah berurusan terus dengan pemimpin negara, selain memiliki hartanah mewah di London dan Australia.

“Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas pelaburan yang dilakukan tidak menjadi dan keadaan menjadi lebih parah apabila perbelanjaan mewah tetap diteruskan meskipun punca pendapatan sudah terhenti,” katanya.

Selain itu, Pandacute_Hitam juga berkongsi detik hitam keluarganya yang pernah berada dalam kelompok T20 sekitar tahun 1998 hingga 2000 sebelum segalanya berubah akibat perbuatan sihir.

Menurutnya, perniagaan ibunya terpaksa dilepaskan bagi menyelamatkan nyawa selepas menjadi mangsa hasad dengki, sekali gus menyebabkan mereka sekeluarga jatuh ke tahap B40 dan terpaksa menetap di rumah flat di Pandan Indah.

“Saya ingat lagi hari-hari makan telur dengan sardin tapi, Alhamdulillah kami berjaya bertahan,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengguna lain turut berkongsi pengalaman dan kehidupan mereka selepas menjadi B40.

“Selepas cerai baru tahu dia pinjam ‘along’ dan saya yang kena selesaikan semua hutang sampai tiada simpanan langsung sekarang,” ujar Fvvvbdulx_.

“Saya diberhentikan kerja susulan langkah pengecilan saiz syarikat akibat penggunaan teknologi kecerdasan buatan. Kini, saya sedang berusaha keras untuk bangkit semula menerusi perniagaan dan usaha sendiri,” jelas Farvinkadir pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN