fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Sementara itu, hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).

“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Manakala di Sabah adalah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” lapor MetMalaysia.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN