fbpx
Salah seekor ular yang berjaya ditangkap APM Kuala Terengganu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Cuaca panas, APM Kuala Terengganu tangkap 632 ular keluar sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Terengganu tidak menang tangan menangkap 632 ekor ular yang dipercayai keluar dari sarang ekoran cuaca panas sejak awal tahun ini.

Pegawai APM Kuala Terengganu, Muhammad Hanafi Hamdzah berkata, ia peningkatan kira-kira 13.67 peratus berbanding 556 ekor ular yang ditangkap dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Cuaca panas antara faktor utama
banyak ular termasuk spesies berbisa keluar dan tersesat memasuki kawasan penempatan penduduk.

“Haiwan reptilia terbabit biasanya bertindak demikian kerana mahu
mencari kawasan baharu lebih teduh dan sesuai untuk berlindung,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Hanafi berkata selain faktor suhu, aktiviti pembangunan dan penerokaan kawasan turut menyumbang kepada gangguan habitat asal ular tersebut.

Beliau berkata, senario itu punca ular bertindak memasuki kawasan kediaman, tapak pembinaan serta sistem perparitan bagi mencari perlindungan.

“Antara spesies yang kerap ditemui termasuk tedung selar, ular senduk dan sawa batik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN