fbpx
Gambar hiasan

Agrobank tawar sokongan bersasar susulan ketidaktentuan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Agrobank akan terus menyediakan bantuan bersasar kepada pelanggannya yang terkesan akibat ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk perkembangan di Asia Barat.

Seiring dengan usaha industri, ia mengguna pakai pendekatan tertumpu berasaskan keperluan, termasuk penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan serta khidmat nasihat bagi membantu pelanggan mengurus cabaran kewangan.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, pihaknya kekal komited dalam menyokong pelanggan, khususnya agropreneur dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam tempoh mencabar ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesukaran digalakkan untuk berhubung lebih awal dengan kami bagi meneroka bantuan yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebagai institusi kewangan pembangunan, Agrobank akan terus menyokong daya tahan sektor pertanian serta memastikan sekuriti makanan negara, di samping memantau perkembangan semasa dengan teliti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN