fbpx
Fahmi Fadzil semasa sidang akhbar selepas Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati hari ini.

Kerajaan suntik RM300 juta tarik produksi luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan suntikan besar berjumlah RM310 juta bagi memperkukuh industri perfileman negara dan merancakkan penghasilan kandungan tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata RM300 juta diperuntukkan melalui Insentif Penggambaran Filem di Malaysia bagi tempoh 5 tahun untuk tarik lebih banyak produksi antarabangsa ke Malaysia.

“Peruntukan ini bertujuan menarik lebih banyak produksi antarabangsa ke Malaysia sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Simposium Seniman 2026 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati hari ini.

Dalam masa sama, Dana Citra RM10 juta dilancar bagi membangunkan kandungan berteraskan identiti nasional.

“Selain itu, kerajaan turut melancarkan Dana Citra bernilai RM10 juta yang memberi fokus kepada pembangunan kandungan berteraskan identiti nasional termasuk filem cereka, dokumentari dan filem pendek,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN