CAMERON HIGHLANDS – Penggunaan racun perosak yang dilarang di Cameron Highlands bukan perkara baharu kerana dipercayai sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. Presiden Persatuan Keseda-ran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) A. Dilip Martin berkata, penguatkuasaan yang lemah menjadi punca utama racun haram itu masih digunakan di kawasan tersebut yang terkenal sebagai pusat pertanian termasuk sayur-sayuran. “Saya sudah membangkitkan dalam mesyuarat pasukan petugas, isu ini bukan baharu, tetapi sudah lebih 40 tahun namun tiada tindakan. “Bila ada laporan dan kecoh baru…














