fbpx
YAMAL berpeluang untuk menunaikan keinginannya meledak gol selepas gagal melakukannya ketika aksi menentang Atletico pada saingan La Liga minggu lalu. - AFP

UCL: Barcelona enggan terbuai kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick mengharapkan ‘amukan’ Lamine Yamal mampu membantu pasukan itu menjelang aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid, awal pagi esok.

Sebagai rekod, Yamal menunjukkan reaksi penuh emosi ketika The Catalans mencatat kemenangan 2-1 ke atas Atletico dalam saingan domestik selepas wisel penamat apabila dia gagal meledak gol untuk membantu kejayaan pasukannya.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, tetapi dia agak beremosi. Lamine telah cuba segala-galanya untuk menjaringkan gol.

“Tetapi, tidak semua yang kita harapkan menjadi sempurna dan saya lihat dia tidak berputus asa untuk mencuba. Apa yang pasti, saya yakin dia akan berada dalam keadaan lebih baik pada aksi UCL nanti,” katanya.

Sementara itu, Flick turut menyeru agar pasukan tidak terlalu meraikan keputusan yang lepas sebaliknya berusaha mencari bekalan selesa untuk dibawa ke perlawanan timbal balik minggu depan.

“Kita mengharungi jadual padat dan pemain perlu gunakan masa yang ada untuk pulih dan bersedia sebaik mungkin. UCL adalah saingan berbeza, setiap pemain perlu beri tambahan 5 hingga 10 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, pengendali dari Jerman itu turut memuji impak Marcus Rashford yang akhirnya menemui sentuhan gol pertama bersama Barcelona sejak Januari lalu selepas meledak satu gol ke atas Atletico sebelum ini.

“Saya sangat gembira dengan Rashford kerana dia tunjukkan kualiti dan jaringkan gol penting. Mengenai masa depan, kami hanya fokus kepada baki perlawanan musim ini,” katanya.

Menurut laporan, dua tonggak utama The Catalan, Ronald Araujo dan Marc Bernal mungkin disisihkan kerana tidak sempat pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN