fbpx
Pegawai polis berdiri di tengah-tengah lalu lintas ketika meronda berhampiran konsulat Israel di Istanbul semalam. - AFP

Seorang maut, tembakan di luar konsulat Israel di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Seorang lelaki bersenjata mati, manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak dengan polis di luar konsulat Israel di Istanbul semalam, kata pegawai Turkiye sambil menambah, dua pegawai cedera ringan.

Gabenor Davut Gul mengesahkan pembunuhan salah seorang penyerang semasa serangan yang berlaku sekitar pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan).

Tidak dapat dipastikan sama ada sasaran yang dimaksudkan adalah konsulat Israel. Tiada diplomat Israel berada di Turkiye ketika ini, kata sumber yang biasa dengan perkara itu kepada AFP.

Misi diplomatik Tel Aviv telah dipindahkan bukan sahaja di Turkiye tetapi di seluruh rantau itu atas sebab keselamatan sejurus selepas serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas ke atas Israel.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk ‘serangan khianat’ itu dan berikrar untuk memerangi semua jenis keganasan.

“Kami tidak akan membenarkan provokasi merosakkan iklim keselamatan Turkiye,” kata Erdogan dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Menteri Dalam Negeri, Mustafa Ciftci berkata, penyerang datang dengan kenderaan sewa dari Izmit, sebuah bandar yang terletak kira-kira 86 kilometer jauhnya, manakala salah seorang daripada mereka dikaitkan dengan ‘organisasi yang mengeksploitasi rantau ini’. 

Kementerian itu kemudian menjelaskan bahawa lelaki bersenjata yang mati itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas serta berkata, dua anggota polis cedera ringan.

“Dua penyerang lain adalah pasangan adik-beradik dan seorang mempunyai rekod dadah,” tambahnya.

Rakaman menunjukkan seorang penyerang bersenjatakan raifal automatik, memakai seluar kargo berwarna kuning air dan baju hitam serta membawa beg galas.

“Saya melihat tembakan tiba-tiba meletus. Ia berlarutan agak lama,” kata seorang saksi yang enggan dikenali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN