fbpx
SEMUA negara perlu bersiap sedia bagi menghadapi tekanan ekonomi susulan perang antara Iran-Israel. - GAMBAR HIASAN

Perjanjian gencatan senjata AS- Iran langkah positif reda ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Malaysia mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dengan menyifatkan perkembangan itu sebagai satu langkah signifikan ke arah meredakan ketegangan di Asia Barat.

Wisma Putra berkata, susulan itu, Malaysia menggesa semua pihak untuk menghormati sepenuhnya serta melaksanakan semua terma gencatan senjata bagi mengelakkan persengketaan berpanjangan.

“Semua pihak juga hendaklah mengelakkan daripada sebarang tindakan provokatif atau langkah unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan di rantau tersebut serta menggugat kestabilan ekonomi dan tenaga global.

“Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha diplomatik yang membawa kepada perjanjian ini,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, kejayaan ini membuktikan bahawa diplomasi kekal sebagai satu-satunya
jalan yang berdaya maju dalam menyelesaikan konflik berpanjangan.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan keselamatan serantau dalam jangka panjang.

“Semua pihak hendaklah memanfaatkan ruang yang wujud ini untuk meneruskan dialog ke arah
penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong usaha-usaha keamanan ini serta menyumbang ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat di rantau tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN