fbpx
Yi Kai diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Pembantu tukang kayu didakwa raba pelajar di hentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pembantu tukang kayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun pada Februari lalu.

Tertuduh, Tay Yi Kai, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Yi Kai didakwa memegang dan meramas punggung mangsa ketika mangsa menunggu bapanya di pondok hentian bas di Jalan Malim di sini pada pukul 4.30 petang, 12 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izatti Abdul Mutalif memohon hukuman setimpal, bagaimanapun peguam Tan Boon Twee merayu jaminan rendah RM2,000 hingga RM5,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN