fbpx
Motosikal Honda C 100 yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan seorang pelajar tingkatan tiga di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu semalam.

Pelajar tingkatan tiga maut selepas buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Gara-gara melakukan aksi ‘wheelie’, seorang remaja lelaki 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh motosikal rakan sekolahnya di Kampung Pelong, Sungai Tong di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 6.45 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan rakan sekolahnya juga berusia 15 tahun sedang menunggang motosikal secara beriringan dari sekolah mereka yang terletak berhampiran.

“Mereka dikatakan menuju ke simpang empat Kampung Sungai Pelong-Kampung Sungai Tong di sini.

“Mangsa dikatakan waktu itu sedang melakukan aksi berbahaya iaitu menunggang motosikal secara ‘wheelie’,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, aksi berbahaya tersebut menyebabkan motosikal Honda C100 dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tempat duduk belakang motosikal Yamaha Y16ZR ditunggang rakan sekolahnya berusia 15 tahun.

Beliau berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya.

“Sebuah motosikal yang ditunggang rakan sekolah mereka yang berusia 14 tahun yang berada di belakang pula gagal mengelak lalu terlanggar kepala mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN