fbpx
Asyraf Wajdi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di Klang. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Konflik Asia Barat: Pelan evakuasi bawa pulang tajaan Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempunyai pelan evakuasi untuk membawa pulang pelajar tajaannya jika keadaan terdesak susulan ketidaktentuan konflik di Asia Barat.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah pelajar yang antaranya berada di Jordan dan Mesir dianggarkan antara 300 hingga 400 orang setakat ini.

Menurutnya, kesemua pelajar tajaan Mara di rantau itu masih meneruskan pengajian seperti biasa tanpa sebarang gangguan serius.

“Namun, kalau ada perkembangan yang boleh menjejaskan keselamatan, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut nasihat Wisma Putra.

“Kita juga telah mempunyai beberapa pelan evakuasi bagi membawa pelajar pulang sekiranya keadaan betul-betul memerlukan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Asyraf Wajdi, pihaknya sentiasa bersiap siaga dengan memantau rapat perkembangan di Asia Barat bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

“Kita memberi jaminan kebajikan mereka diberi keutamaan menerusi pemantauan berterusan dengan Wisma Putra. Mara juga mempunyai pegawai-pegawai yang telah ditempatkan di rantau berkenaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN