fbpx
Mohamad bersama beberapa menteri Kabinet hari ini.

Kerajaan jamin bekalan makanan negara kekal stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerajaan memberi jaminan akan terus memperkukuh langkah bagi menangani krisis tenaga global yang ketika ini memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius perkembangan semasa berikutan ketidaktentuan ekonomi dan tenaga di peringkat global yang boleh memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat.

“Pelbagai strategi sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan kestabilan negara terpelihara serta kebajikan rakyat terus dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa aspek keterjaminan makanan kekal menjadi keutamaan kerajaan walaupun bekalan semasa dilaporkan masih mencukupi dan terkawal.

“Namun kita tidak boleh leka kerana situasi global berpotensi memberi kesan kepada kos serta rantaian bekalan makanan negara,” jelasnya.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memperkukuh pemantauan serta penyelarasan bagi memastikan bekalan makanan kekal stabil dan mencukupi.

“Kerajaan komited memastikan negara terus berada dalam keadaan stabil dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN