fbpx
NURUL HUSA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuat kenyataan jelik di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Ratu Putri Ratu Balqis didakwa hina institusi diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang mengaku sebagai Ratu Putri Ratu Balqis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap institusi Diraja melalui platform media sosial, akhir bulan lalu.

Tertuduh, Nurul Huda Mohd. Bajuri, 49, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu tunggal anak satu itu didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di TikTok dan Instagram menggunakan akaun bernama Ratu Putri Ratu Balqis dengan niat untuk mengganggu orang lain dimana kesalahan itu disedari pihak ketiga di sebuah kediaman di Jalan Tun Razak Susur 7, pada pukul 4 petang, 27 Mac lalu.

Atas kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(2) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya selain boleh juga dikenakan denda RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Antara kenyataan dimuat naik wanita berkenaan termasuklah ‘saya adalah insan yang merupakan guru kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 iaitu Sultan Ibrahim, termasuk para sultan di Malaysia’ dan “tetapi sultan di Malaysia dan Brunei mereka itu tetap sial, celaka dan durjana’.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Afdhallan Syafiq Azmi meminta mahkamah memberikan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin warga tempatan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan mewakili tertuduh, Nurul Hidayah Mohammad Asri bagaimanapun meminta mahkamah memberikan jaminan lebih rendah terhadap tertuduh yang bekerja sebagai seorang penasihat.

“Orang kena tuduh merupakan seorang ibu tunggal dan berpendapatan RM3,000 sebulan. Tertuduh menjaga seorang anak sendiri selepas berpisah dengan bekas suaminya,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan, selain turut menetapkan tarikh 8 Mei untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mohd. Azhar turut meminta tertuduh melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak menggangu saksi pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN