fbpx
Fadhlina ketika hadir memberi penghormatan terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar semalam.

Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, teliti SOP aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tanggungjawab penuh melibatkan insiden lemas dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu.

Pejabat Menteri Pendidikan berkata, pada masa sama, KPM turut meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar itu.

Katanya, penelitian SOP aktiviti luar itu melibatkan semua institusi bawah KPM bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh.

“Siasatan telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada siapa yang akan dilindungi.

“Beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai,” katanya hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang.

Fadhlina Sidek turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang dan menyampaikan ucapan takziah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN