fbpx
IMEJ serpihan sekurang-kurangnya dua pesawat HC-130J Combat King II dan helikopter MH-6 Little Bird dirakam. - Defence Security Asia

Misi menyelamat juruterbang AS paling mahal dalam sejarah, telan kos RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Misi menyelamat dua juruterbang Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat mereka ditembak jatuh dalam wilayah Iran berjaya, namun Washington menanggung kos operasi menyelamat di medan perang  paling mahal dalam sejarah, lapor laman berita Defence Security Asia.

Apa bermula sebagai usaha menyelamatkan juruterbang dan kru sistem persenjataan (WSO)  pesawat F-15E Strike Eagle bertukar menjadi operasi besar-besaran yang mengambil masa berhari-hari.

Ia melibatkan pasukan elit operasi khas dibantu beberapa pesawat pengisi bahan api, helikopter tempur, dron dan  pesawat sokongan udara jarak dekat serta aset serangan jarak jauh.

Menjelang akhir misi, AS kehilangan sebuah jet F-15E Strike Eagle, sekurang-kurangnya dua pesawat kargo dan menyelamat HC-130J Combat King II, sebuah helikopter MH-6 Little Bird (mungkin dua), sebuah pesawat gempur A-10 Thunderbolt II dan beberapa dron MQ-9 Reaper.

Dua helikopter menyelamat  HH-60 juga rosak, manakala beberapa pesawat lain dilaporkan mengisytiharkan kecemasan.

Kos kewangan sebenar operasi itu masih dipertikaikan, tetapi penganalisis dan pemerhati ketenteraan berkata, kos keseluruhan dipercayai lebih AS$2 bilion (RM8 bilion).

Selama berminggu-minggu, Washington berkata, tentera AS dan Israel mencapai penguasaan ruang udara hampir sepenuhnya di Iran semasa Operasi Epic Fury.

Kehilangan pesawat F-15E jauh dalam wilayah Iran, diikuti dengan kemusnahan beberapa pesawat penyelamat Amerika yang terkandas bagaimanapun menimbulkan kesangsian serius tentang kemampuan kuasa udara AS dalam persekitaran mencabar.

Krisis bermula 3 April lalu  apabila pesawat  F-15E Strike Eagle itu ditembak jatuh sistem pertahanan udara semasa  misi serangan jauh di selatan Iran.

Apa pun berlaku seterusnya  adalah bencana dari segi strategik. Ia merupakan kehilangan pertama disahkan bagi pesawat tempur AS bersama juruterbang akibat tembakan musuh sepanjang perang Asia Barat.

Kedua-dua kru berjaya keluar dengan mengaktifkan kerusi anjal.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) kemudian menawarkan ganjaran tunai untuk penangkapan dua juruterbang tersebut.

Ganjaran AS$60,000 (RM242,200)  oleh  IRCG menyebabkan pasukan penyelamat AS kesuntukan masa.

Washington bimbang militia tempatan, unit IRGC atau orang awam bersenjata mungkin sampai kepada kru tersebut sebelum pasukan operasi khas AS dapat mengeluarkannya.

Apabila kru kedua dijumpai, misi menyelamat tersebut berkembang jauh melebihi jangkaan tentera AS sebelum ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN