SEGAMAT – Cuaca panas ekstrem ekoran fenomena El Nino yang melanda negeri ini bukan hanya menyebabkan manusia kurang selesa, malah membuatkan penternak mengambil langkah luar biasa apabila membawa haiwan masing-masing ke tepi sungai untuk mendapatkan sumber makanan dan air. Halim Mohd., 69, berkata, keadaan padang ragut yang semakin kering memaksanya membawa ternakan ke lereng Sungai Segamat sejak beberapa bulan lalu. Katanya, rumput di kawasan berhampiran sungai masih kekal menghijau walaupun cuaca panas melanda, sekali gus menjadi satu-satunya pilihan untuk memastikan…














