fbpx
Ahmad Izram semasa berucap pada Majlis Penganugerahan APC 2025 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Belukar penyumbang utama kes kebakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kawasan belukar menjadi penyumbang utama kes kebakaran bagi tempoh tiga tahun berturut-turut apabila mencatatkan sebanyak 32,313 kes daripada keseluruhan 39,173 kes pembakaran terbuka bermula 2024 sehingga Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, berpandukan kepada analisis, berlaku peningkatan semula kes kebakaran belukar pada tahun ini setelah menunjukkan penurunan pada tahun lalu.

“Kebakaran belukar di seluruh negara meningkat kepada 11,147 kes setakat Mac tahun ini selepas menurun kepada 7,984 kes pada tahun lalu berbanding 13,182 kes yang direkodkan pada 2024.

“Kebakaran belukar dianggarkan menyumbang lebih 80 peratus kepada keseluruhan kes kebakaran terbuka dan ia perlu dianggap sebagai isu utama yang memerlukan perhatian serius daripada JBPM,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Negeri Kelantan di sini hari ini.

Ahmad Izram memberitahu, trend tidak konsisten dalam kes kebakaran belukar menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan langkah kawalan sedia ada.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes kebakaran hutan terus menunjukkan penurunan apabila hanya 1,047 kes direkodkan sehingga Mac lalu, berbanding 1,199 kes pada tahun lalu dan 2,164 kes pada 2024.

“Kes kebakaran kebun dan ladang juga menunjukkan penurunan dengan hanya 744 kes dilaporkan berlaku sehingga Mac lalu, berbanding 758 kes pada tahun lalu dan 948 kes pada 2024,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Izram menegaskan, JBPM akan sedaya upaya mencari punca air dalam melaksanakan operasi pemadaman kebakaran yang memerlukan masa panjang seperti yang dilaporkan berlaku di Tasek Bakong dan Banggol Kulim di Pasir Mas, kelmarin.

“Sama ada punca air terbuka atau daripada pihak berwajib seperti Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Kita akan sentiasa mempastikan ada sumber air untuk melaksanakan operasi pemadaman kebakaran sehingga selesai.

“Saluran datang daripada pelbagai sumber seperti tasik, sungai, parit dan daripada AKSB boleh digunakan untuk membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran untuk jangka masa operasi yang sangat panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN