fbpx
Mohamad Azhar menunjukkan daging ayam sejuk beku pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara.

Ayam, babi sejuk beku RM2.2 juta gagal diseludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 112.8 tan daging ayam dan babi sejuk beku secara tidak sah untuk perayaan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina gagal selepas dikesan pihak berkuasa di Zon Bebas Pelabuhan Utara, baru-baru ini.

Penahanan kesemua barangan dagangan bernilai RM2.2 juta dalam empat buah kontena itu dilaksanakan melalui Op Petasan pada 6 Februari lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiga buah kontena mengandungi daging ayam sejuk beku sebarat 84,000 kilogram (kg) bernilai RM218,400 termasuk duti cukai.

Menurutnya, sebuah lagi kontena melibatkan 28,880 kg daging babi sejuk beku dianggarkan bernilai RM924,160.

“Siasatan mendapati kontena-kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 16 dan 20 Januari lalu. Dagangan itu berasal dari sebuah negara di Asia.

“Dagangan itu semua dibawa tanpa permit import yang tertakluk dibawah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis),” katanya pada sidang sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, kontena-kontena yang mengandungi barangan dagangan itu diikrar tidak benar sebagai barangan makanan sejuk beku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) dan 133 (1) (a) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN