fbpx
Asnida ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

Asnida didakwa tidak isytihar harta pegangan saham lima syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan tidak mengisytiharkan harta melibatkan pegangan saham dalam lima buah syarikat.

Bagaimanapun Asnida, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Minta bicara,” kata Asnida.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa
dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(b) akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang telah dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023.

Ia yang mana, tertuduh tidak mengisytiharkan harta-harta iaitu pegangan saham bagi lima buah syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Justeru pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut seksyen 36(2) Akta SPRM (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan boleh didenda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.

Semalam, Asnida hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Asnida yang hadir ke SPRM untuk direkodkan manakala, tiga lagi anak Tun Daim tidak kelihatan biarpun telah diarahkan hadir memberi keterangan.

Tiga lagi anak Tun Daim itu ialah Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Media sebelum ini melaporkan, empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham diarahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM menyerahkan Notis Kesan Individu ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN