KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.
Difahamkan pendakwaan terhadap Asnida adalah kes berkaitan kegagalan mematuhi notis perisytiharan aset.
Asnida yang memakai baju biru gelap dan berselendang serta memakai pelitup muka tiba pada 8.40 pagi dengan ditemani ahli keluarganya.
Semalam, beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.
Bagaimanapun, setakat ini hanya Asnida yang hadir ke SPRM untuk direkodkan manakala tiga lagi anak Tun Daim tidak kelihatan biarpun telah diarahkan hadir memberi keterangan.
Tiga lagi anak Tun Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Media sebelum ini melaporkan, empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham diarahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Sebelum ini, SPRM menyerahkan Notis Kesan Individu ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset. – KOSMO! ONLINE














