fbpx
Sauri dan Darien Tiller bermain sorok-sorok ketika kejadian. - Metro UK

2 beradik mati bermain sorok-sorok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOGOTA – Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan di Colombia mati akibat sesak nafas ketika duduk di dalam peti sejuk beku semasa bermain permainan sorok-sorok di rumah mereka, lapor akhbar Metro UK semalam.

Mangsa yang merupakan pasangan adik-beradik Sauri dan Darien Tiller yang masing-masing berumur lapan dan lima tahun, tidak dapat bernafas selepas pintu peti sejuk beku tempat mereka bersembunyi  tertutup.

Ibu bapa mereka kembali 20 minit kemudian dan mendapati mayat mangsa terperangkap di dalam peti sejuk.

Adik-beradik itu dibawa ke sebuah hospital di Vista Hermosa, tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan mereka.

Bapa mangsa, Brayan Guevara Trivino memberitahu bahawa suis peti sejuk beku telah dimatikan apabila dia dan isterinya keluar ke kedai sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

“Kami keluar dan ia mengambil masa kira-kira 20 minit, lebih kurang. Suis peti sejuk beku itu tidak dibuka.

“Mereka masuk ke dalam dan bermain. Penutupnya terjatuh, ia tertutup rapat dan mereka sesak nafas,” kata Trivino. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN