fbpx
Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Kubang Rotan, Alor Setar hari ini.

Pemancing mati lemas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan mati lemas selepas bot dinaiki bersama seorang lagi mangsa terbalik dalam kejadian di Sungai Kubang Rotan, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.29 petang tadi.

“Dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dikatakan terjatuh ke dalam sungai selepas bot dinaiki terbalik ketika memancing.

“Seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, manakala seorang lagi mangsa lemas sebelum pasukan operasi tiba di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang terselamat dibawa ke hospital menaiki EMRS.

“Mayat seorang lagi mangsa kemudian ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN