Saudara Pengarang, Kes menceroboh hutan simpan atau melakukan pendakian bukit atau hiking tanpa permit yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan negeri bukan perkara baharu dan terus berlaku seolah-olah mereka terlibat mengabaikan keselamatan diri. Ia satu kesalahan serius di negara ini yang sering dikaitkan dengan risiko tersesat dan mengalami kecederaan. Permit yang dikeluarkan disertakan dengan penggunaan malim gunung yang sah bertujuan menjamin keselamatan pendaki jika berlaku kecemasan. Contoh untuk dijadikan iktibar ialah tiga pendaki yang menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai, Johor tersesat…














