fbpx
WAN MARINI (tengah) menunjukkan sebahagian daripada 46 kilogram dadah yang berjaya dirampas di Kuala Muda, Februari lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Lelaki Indonesia gagal seludup dadah RM3.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah mengagalkan cubaan menyeludup 46 kilogram (kg) dadah yang disyaki dibawa masuk melalui laluan laut dari Indonesia di Kuala Muda, dekat sini pada 21 Februari lalu.

Pengarahnya, Wan Marini Wan Hamzah berkata, rampasan bernilai RM3.9 juta itu susulan daripada maklumat risikan lebih tiga bulan oleh pasukannya.

“Dalam operasi itu sepasukan pegawai JKDM Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi dan Tanjung Dawai mengekori sebuah kereta dipandu seorang lelaki Indonesia disyaki membawa bahan terlarang itu di Jalan Kota Kuala Muda.
“Pasukan kemudian mengarahkan suspek berusia 40-an itu memberhentikan kenderaan, namun enggan bekerjasama. Pasukan bertindak memintas dan menahan kenderaan tersebut sebelum suspek melompat keluar dari melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa bungkusan beg disyaki mengandungi dadah di tempat duduk belakang iaitu ekstasi seberat 15.72 kg dan syabu (30.90 kg),” katanya pads sidang akhbar di Pejabat JKDM Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jika terlepas di pasaran, dadah tersebut boleh digunakan oleh kira-kira 500,000 penagih.

“Dadah jenis ekstasi dan syabu ini dipercayai untuk pasaran gelap sekitar utara Semenanjung Malaysia. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambahnya, penyeludup dipercayai menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan kepulauan sekitar Indonesia sebagai lokasi transit baharu sebelum membawa dadah ke negara ini.

“Memandangkan penguatkuasaan semakin ketat di sempadan Thailand jadi penyeludup menggunakan laluan laut dari Indonesia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN