PETALING JAYA – Pemilik trak pikap kini semakin tersepit berikutan harga kenderaan diesel tersebut jatuh teruk dan kedai serta premis hanya mahu membeli dengan harga yang sangat murah. Dalam keadaan harga diesel mencecah RM6.02 seliter, pemilik trak pikap kini mengambil pendekatan menangguhkan penjualan aset masing-masing bagi mengelakkan kerugian besar. Seorang pengusaha perkhidmatan transporter, Nik Muhammad Koidin Nik Mustafa, 42, berkata, dia memilih untuk tidak menjual kenderaannya ketika ini kerana harga pasaran yang terlalu rendah dan tidak berbaloi. Dia yang memiliki……














