SETIAP kali menjejakkan kaki ke hospital tidak kira sama ada untuk mendapatkan rawatan atau menziarah sesiapa, mata Suzie (bukan nama sebenar) akan meliar melihat sekitar kawasan. Bukan kerana bimbang akan bertemu dengan sesiapa yang tidak diinginkan, tetapi kerana ingin memastikan setiap kawasan bebas daripada kehadiran ‘tetamu tidak diundang’. Disebabkan perasaan itu juga Suzie sebolehnya mengelakkan menziarah sesiapa di hospital pada waktu malam kerana takut peristiwa yang pernah dialaminya berulang kembali. “Kalau boleh, saya tidak mahu lagi berdepan dengan kejadian sama……














