fbpx
Pemain Penang FC menggasak pemain pasukan Sabah FC pada aksi final pertama Piala Cabaran 2025/202y di Stadium Bandaraya, malam semalam. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Piala Cabaran: Penang FC mahu tutup kekecewaan, buru juara di Likas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC nekad bangkit daripada kekecewaan setelah mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Sabah FC pada pada aksi final pertama Piala Cabaran 2025/2026 di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.

Pengendali pasukan itu, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, pasukannya kini komited untuk melakukan yang terbaik pada perlawanan akhir kedua di Stadium Likas, Sabah pada 19 April nanti bagi memastikan kejuaraan itu milik mereka.

Menurutnya, beliau percaya akan kesungguhan kesebelasan anak buahnya meskipun mengakui terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran saat beraksi di tempat lawan nanti.

“Tapi itulah bola sepak…Saya harap pemain-pemain belajar dan ‘comeback’. Tidak perlu tunduk kecewa kerana kita masih ada 90 minit lagi.

“Kedua, apa-apa pun boleh berlaku dalam bola sepak. Tidak bermakna kita bermain di ‘away game’, tak mustahil untuk kita menang.

“Insya-Allah..,kita sudah bersedia untuk apa-apa sekali pun yang akan berlaku di sana (Stadium Likas). Saya akui, tekanan ada di mana-mana dan salah satunya adalah penonton. Harap pemain-pemain bersedia dengan jumlah penonton yang ramai di sana nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perlawanan malam tadi katanya, beliau semestinya berpuas hati dengan corak permainan barisan pemainnya namun perlu dipertajamkan lagi sebelum aksi penentu juara berlangsung dua minggu lagi.

“Saya lihat kesungguhan dan tenaga yang mereka bagi. Saya boleh katakan saya berpuas hati tetapi masih lagi dengan masalah yang sama iaitu ‘finishing’. Itu yang menggagalkan kita untuk mendapat bekalan yang lebih selesa.

“Tetapi, perkara sudah berlaku dan biarlah berlalu. Kita perlu membuat persiapan rapi sebelu menentang pasukan Sabah dua minggu lagi.

“Cuma saya boleh katakan pasukan dapat bertahan dan mengendalikan setiap situasi dengan baik sehingga berjaya memperoleh gol pertama. Cuma di saat akhir ada berlaku kesilapan dan dihukum. Sekurang-kurangnya kita ada kelebihan satu gol dan disamakan (seri) ,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido pula memberitahu, beliau berpuas hati dengan corak persembahan anak buahnya selepas bangkit di saat akhir sekali gus
mengikat Penang FC 1-1.

“Saya yakin kami boleh lakukan yang lebih baik. Bukan kerana kualiti tetapi kerana keyakinan. Sedia maklum, pasukan ini sebelum ini menjaringkan banyak gol melalui pemain yang sama, tetapi pemain itu telah meninggalkan kelab.

“Jadi mungkin pasukan terlalu bergantung kepada pemain tersebut. Sekarang, kami perlu berkongsi tanggungjawab itu. Bukan hanya penyerang sahaja tetapi semua pemain perlu memainkan peranan dalam menjaringkan gol.

“Kami sedang berusaha ke arah itu dan berharap di Likas nanti kami akan ada peluang.
Jika kami dapat menjaringkan gol lebih awal dalam perlawanan sebelum ini, corak permainan pasti berubah. Jadi, kami perlu memperbaiki aspek ini supaya permainan menjadi lebih baik,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN