KESAN konflik di Asia Barat bukan sahaja dirasai di rantau bergolak itu, malah tempiasnya berisiko memberi impak besar kepada pengguna di Malaysia. Ketidaktentuan geopolitik global mampu menggugat kestabilan ekonomi dunia termasuk negara membangun seperti Malaysia, sekali gus memberi tekanan kepada kehidupan harian rakyat. Kenaikan harga minyak mentah, peningkatan kos logistik serta gangguan rantaian bekalan global menjadi antara cabaran utama yang dijangka dirasai pengguna dalam tempoh terdekat. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pengguna khususnya golongan B40 dan M40 dilihat……














