fbpx
Armizan (kiri) bertemu dengan salah seorang pengusaha stesen minyak semasa hadir ke Taklimat Penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 Kepada Pemborong Barang Kawalan dan Pengusaha Stesen Minyak Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

KPDN guna anggota, pegawai sedia ada pantau stesen minyak di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak bercadang untuk menambah anggota dan pegawai statik bagi tugasan pemantauan di 48 buah stesen minyak yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, KPDN menggunakan kekuatan anggota penguat kuasa sedia ada dengan memberi tumpuan kepada lokasi panas penyeludupan dalam usaha membedung ketirisan di kawasan sempadan.

Menurutnya, KPDN akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan barang kawalan subsidi negara tidak lolos ke negara jiran.

“Buat masa ini, tiada penambahan pegawai baharu kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

“Justeru, kita mengoptimumkan sumber sedia ada merentasi pelbagai agensi melibatkan penyelewengan atau menyembunyikan bekalan,” katanya sidang akhbar semasa hadir ke Taklimat Penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 Kepada Pemborong Barang Kawalan dan Pengusaha Stesen Minyak Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Armizan memberitahu, KPDN turut menjalankan pemantauan harian dilakukan secara digital melalui pangkalan data.

Katanya, ia melibatkan kilang penapis hingga ke peringkat peruncitan dan depoh simpanan untuk membendung ketirisan barangan subsidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN