fbpx
ANWAR ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora, Johor Bahru hari ini.

Kerajaan Pusat dukung pertumbuhan ekonomi Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pertumbuhan ekonomi memberangsangkan yang dicapai Johor ketika ini didorong oleh dasar serta sokongan kukuh kerajaan Pusat dalam memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai inisiatif strategik termasuk kerjasama dua hala dengan Singapura telah membuka ruang besar kepada kemasukan pelabur asing, khususnya menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menurut beliau, peranan kerajaan Pusat dalam merealisasikan projek-projek berimpak tinggi itu perlu difahami agar rakyat dapat menghayati usaha sebenar di sebalik perkembangan ekonomi negeri tersebut.

“Johor sememangnya mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik, namun sebahagian besarnya dipacu melalui gagasan dan hubungan yang digerakkan kerajaan Pusat.

“Forest City kita pulihkan, projek Maharani Freeport yang lama tertangguh kita bantu, manakala keputusan pelaksanaan JS-SEZ juga dibuat di peringkat kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora, di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, setiap keputusan berkaitan projek tersebut bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya melalui proses rundingan berulang kali serta usaha berterusan.

“Saya sendiri berulang kali berhubung dengan Lee Hsien Loong ketika itu bagi meyakinkan beliau tentang kepentingan JS-SEZ.

“Bukan mudah untuk memujuk negara maju seperti Singapura bagi menjalin persefahaman strategik,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN