fbpx
ANWAR melakukan gimik Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Kerajaan luluskan peruntukan RM100 juta projek Kolej Vokasional Pengerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk meneruskan projek pembangunan Kolej Vokasional Pengerang selaras usaha memperkukuh latihan tenaga mahir bagi menyokong industri minyak dan gas negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek strategik itu perlu disegerakan dengan perancangan rapi termasuk penyelarasan bersama diantara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya.

Menurutnya, kerajaan juga tidak menolak keperluan merujuk kepada Kementerian Kewangan bagi mempercepatkan proses kelulusan memandangkan kepentingan strategik projek berkenaan.

“Walaupun keadaan ekonomi yang saya jelaskan tidak mudah sekarang tetapi oleh kerana kawasan ini kawasan strategik bagi perkembangan industri minyak dan gas selain Sarawak dan Sabah, pada hari ini saya meluncurkan meluluskan projek yang bernilai RM100 juta untuk komuniti.

“Ini projek penting, jadi mesti ada jadual tetap dan disegerakan. Kita mahu Pengerang menyaksikan kejayaan pelaksanaan ini sebelum tahun 2030,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan industri minyak dan gas memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi, sekali gus menuntut usaha berterusan dalam memperkasa latihan dan pembangunan bakat tempatan.

Katanya, konsep ‘talent pool’ perlu diberi perhatian agar negara tidak bergantung kepada tenaga pakar luar, khususnya apabila melibatkan industri besar termasuk pusat data dan teknologi digital,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN