fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat dijangka hingga 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hillr Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuala Lumpur dan Selangor yang melibatkan beberapa daerah seperti Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat turut berada dalam kawasan amaran,” katanya.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol manakala Johor meliputi Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu (Tatau).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN