fbpx
DUA lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuh Raya Duke. Foto PDRM

Dua lelaki maut nahas 4 kenderaan di DUKE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Kilometer 10.4 Lebuh Rraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dari arah Tol Ayer Panas menghala ke Ampang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.43 petang itu, tiga lori masing-masing jenis Hicom dan Isuzu serta sebuah pikap Mitsubishi Triton terlibat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori berhenti di lorong tengah akibat kerosakan enjin.

“Bagaimanapun, sebuah pikap dari arah belakang gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori tersebut.

“Susulan itu, sebuah lagi lori berhenti untuk memberi bantuan, namun sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar kesemua kenderaan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua mangsa yang maut ialah lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga pemandu lori serta pemandu pikap warga Bangladesh berusia 53 tahun.

“Kedua-dua mangsa dipercayai berada di luar kenderaan ketika kejadian sebelum tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan,” katanya.

Tambah beliau, tiga lagi mangsa iaitu dua lelaki tempatan berusia 43 dan 35 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu lori terakhir mengawal kenderaan sehingga melanggar kenderaan yang berhenti di lorong tengah.

“Ujian saringan pernafasan (EBA) terhadap pemandu terbabit adalah negatif, manakala ujian saringan air kencing masih dalam tindakan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN