DI tepi jalan pada musim perayaan, deretan buluh lemang tersusun rapi, berbaris mengelilingi api yang marak menyala. Asap tipis naik perlahan, membawa aroma pulut yang membangkitkan selera seakan-akan memanggil sesiapa yang lalu untuk singgah. Dari jauh, semuanya tampak sama. Setiap batang buluh menyimpan rahsia hidangan tradisi yang dinanti. Namun, di sebalik pemandangan yang seragam itu, tidak ramai yang menyedari bahawa lemang tidak hanya dibezakan oleh isi di dalamnya, tetapi juga oleh helaian daun yang membalutnya. Ia sama ada daun pisang,……














