fbpx
Abdul Hadi (tengah) ketika menyampai kuliah dhuha pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummmah di Kompleks Sukan Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

Pas gesa sidang khas Parlimen tangani impak konflik Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Pas menggesa Dewan Rakyat agar segera mengadakan sidang khas bagi menangani gangguan ekonomi global yang sedang dirasai berikutan konflik Asia Barat.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sidang khas Parlimen tersebut membolehkan semua wakil rakyat termasuk pembangkang menyumbang idea bersama-sama bagi menangani isu yang dilihat semakin menekan rakyat.

“Sepatutnya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah demikian kerana kita berada dalam satu kapal (Malaysia) yang sama,” katanya di Kompleks Sukan Terengganu, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, semua pihak termasuk pembangkang perlu dilibatkan bagi bersama-sama menangani krisis ekonomi global memandangkan impak negatifnya mula dirasai seluruh rakyat.

Beliau menegaskan, perbezaan politik perlu diketepikan dalam mendepani isu ekonomi berkenaan.

“Beban (penyelesaian krisis ekonomi global) tersebut tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN