fbpx
Anwar pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan, Pahang hari ini.

Kerajaan masih mampu bertahan, harga RON95 antara terendah di dunia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia meskipun peperangan memberi kesan langsung kepada harga bahan api berkenaan.

Beliau menegaskan rakyat masih mampu menikmati harga petrol yang rendah berbanding negara jiran lain yang meningkat mendadak malah ada negara yang terpaksa mencatu bekalan bahan api berkenaan.

“Bagaimanapun RON95 di Malaysia masih antara paling rendah di dunia iaitu RM1.99 seliter. Ada negara jiran mencecah RM10 seliter. Kalau tanya saya, saya kata alhamdulillah.

“Kita tidak menafikan wujud masalah (kesan perang) tetapi tetap berusaha membantu rakyat. Ada negara jiran sampai catuan minyak, malah lebih 400 kedai minyak ditutup. Di Malaysia, kita masih mampu bertahan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Beliau berkata masalah kesan krisis tersebut perlu ditangani dengan mencari jalan penyelesaian bersama, bukan dengan menyalahkan pihak tertentu.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak terbeban walaupun berdepan ketidaktentuan global.

“Jangan boros, belanja lain boleh dibatalkan, tetapi makan minum rakyat mesti dijaga. Nasib orang miskin mesti dibela,”katanya.

“Kita akan terus melaksanakan dasar yang menjaga kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,”katanyan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar lebih memahami isu antarabangsa dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik politik sempit yang hanya menimbulkan salah faham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN