CHANGLUN – Penduduk dan peniaga di sini mendakwa ramai warga India kini menjadikan pekan ini sebagai tempat transit sebaik melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara, sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Kira-kira 90 peratus daripada mereka adalah lelaki berusia 18 hingga 45 tahun yang masuk ke negara ini secara berkumpulan dengan membawa beg galas serta bagasi besar. Pengerusi Suara Orang Changlun, Mohd. Zaidi Desa berkata, dia mengesan kehadiran warga asing itu secara kerap sejak dua tahun lalu…














